Saturday, September 4, 2010

Getaran Alquran - ( QV )

*****Assalamu alaikum Wa ‘alaikum nas Salaam warah matullahi wabarakatuhu.*****
Alhamdullillahi rabbil ‘Alamin wabihi nas tain ‘ala umurid dunya wad diin.Saiyidana wa maulana Muhammadin wa alaa-aalihi wasah bihi Ajma-‘in.
*
Terlebih dahulu saya ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt kerana telah memberi pertunjuk dengan Nurnya, pada hamba-hambanya yang dia kehendaki dan dialah yang maha mengetahui segala hikmah-hikmah yang tersembunyi disebalik ciptaan-ciptaannya.
Seperti mana didalam firmannya yang bermaksud,
”Tidakkah dia(Allah) mengetahui akan segala ciptaan-ciptaannya, dialah yang maha halus dan bijaksana lagi maha mengetahui.”-Suratul Mulk.
Begitu juga pada setiap rukun-rukun yang diperintahkannya, pasti ada sebab dan hikmah disebalik perlaksanaan itu. Tidak ada yang Allah jadikan itu semua sia-sia belaka. Dialah punca segala sebab dan dialah penyebabnya.
Didalam firman dan hadith, terdapat beberapa galakan agar manusia itu bertafakkur (berfikir).
Dengan menyelidiki atau menganalisa ciptaan-ciptaannya, manusia itu dapat melihat kebesarannya. Ini menambahkan lagi keyakinan dan keimanan mereka terhadap Allah swt.
Seperti mana firman Allah yang bermaksud,
” Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang itu terdapat tanda-tanda kebesaran tuhan bagi orang-orang yang berfikir
(terbuka fikirannya)…..”
Dan dijelaskan pula dari hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaqsud,
“Berfikirlah pada ciptaan-ciptaan Allah dan janganlah kamu berfikir tentang Dzat Allah”
Hadith tersebut itu, amat menggalakkan manusia untuk berfikir dan menganalisa akan ciptaan-ciptaan Allah swt tetapi hendaklah anda berhati-hati. Jika kajian itu sudah menyentuh kepada Dzat Allah swt, maka hendaklah anda hentikan kerana Aqal manusia itu tidak akan sampai untuk menjangkau serta tidak dapat memahami akan Dzatnya(Allah) itu, melainkan Allah itu sendiri.
Apa itu QV?
QV itu adalah singkatan dari nama yang diberi maksud ,Quranic Vibration. Ia adalah ilmu menggabungkan energi anda (yang sudah sedia ada) bersama Alquranul karim. Ia bukanlah ilmu saraf membaca Alquran atau ilmu nahu atau ilmu tafsir.…saya harap janganlah anda salah faham kerana hal itu sudah pasti ada yang lebih Arif lagi bijaksana dari saya.
Tujuan
Ada banyak ilmu-ilmu energy yang sudah meluas di merata-rata dunia ini….seperti Reiki,Yoga, Tai chi ,Quantum energy healing,Quantum touch,Ilmu tenaga dalam dan lain-lain.
Setelah pengajian yang memakan masa yang lama, saya dapati ada suatu kunci yang amat luar biasa, yang mana kesemua ilmu-ilmu energy tersebut akan menggunakannya untuk mengaktifkan energy mereka..
Dalam pengajian ini, saya dapati bahawa Alquran itu bukanlah hanya sekadar membacanya saja. Ia adalah kata-kata Positif dari Allah swt yang sangat INTERAKTIF dengan manusia.
Hanya Alquran saja yang sesuai untuk manusia dan ia akan membangkitkan energy manusia itu dengan sempurna.
Kenapa Ayat Alquran?
Alquran bukanlah untuk diletakkan dilemari atau rak-rak buku. Kalau gitulah caranya, Syaitan pun tidak akan gentar untuk memasuki kedalam rumah anda.
Alquran adalah Kalamullah(kata-kata Allah)…dan kata-kata Allah swt itu adalah kata-kata positif.Ia bukanlah kata-kata biasa berbanding dengan kata-kata manusia.
Didalamnya terkandung banyak perkara seperti pertunjuk, kisah sejarah, hukum-hukum, syifa, perlindungan dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja. Bahkan sesiapapun(orang Islam) yang tidak memahaminya akan mendapat Pahala dengan hanya membacanya sahaja. Apakah rahsia yang ada disebaliknya? Jika anda berbual-bual (berkomunikasi), anda hanya menyampaikan maksud yang dapat difaham itu, pada orang yang dituju. Dengan memahami maksud tersebut barulah dia dapat memunafaatkan tujuan anda.Tetapi, lain dengan membaca AlQuran. Ia adalah kata-kata Allah swt dan getarannya akan mula berinteraktif dengan manusia itu, pada saat anda mula membacanya. Sebab itu hendaklah anda membaca Alquran sebagaimana firman Allah swt yang bermaqsud,
“Bacalah…! Dengan nama Tuhan mu yang menjadikan…”Surah Al’Alaq.
Apabila seseorang itu membaca Alquranul karim maka keluarlah gelombang electro-magnetic dari bacaan tadi dengan tanpa anda sengajakan.
Gelombang electro-magnetic ini dipanggil “NUR”. Dan Nur tersebut akan memancar dengan sebab kode-kode Alquran itu. Dan kode-kode tersebut dipanggil INTI-KALIMAH.
Jika tiada inti kalimah itu, didalam Alquran. Maka diibaratkan bumi yang ketiadaan sinaran matahari.
INILAH RAHASIA INTERAKTIFNYA (HUBUNGAN)ALQURAN DENGAN MANUSIA.
Bagaimana ia dapat menghidupkan,mengimbangi dan memancarkan Nur(aura) manusia itu, apabila ia membaca AlQuran. Banyak lagi perkara yang dapat anda ketahui apa bila anda mengikuti kursus tersebut.
Salah satu daripadanya anda akan ketahui bagaimana Alquran itu telah terbukti sebagai SYIFA’.
Sepertimana contoh dibawah ini:-
*Pengajian seorang Doktor
Seorang doctor yang bernama Abdul Daem yang juga seorang hafiz quran telah mengkaji selama 3tahun dan telah membuktikan bahawa Alquran itu mampu untuk penyembuhan. Beliau telah menganalisa dan mengatakan bahawa semua penyakit disebabkan oleh virus. Virus itu pula berupa “informasi Jahat(negative)” yang akan masuk kedalam sel-sel darah dan merosakkan informasi didalam memori sel tersebut. Setelah pengajiannya, ia telah mengatakan bahawa Alquran itu juga berupa informasi tetapi ia adalah “informasi Baik(Positive)” dan apabila ia memasuki kedalam sel-sel darah tersebut,ia akan membetulkan informasi yang jahat itu kepada yang baik dan memperbaikinya ketahap yang normal. Sila anda rujuk kepada lelaman website “Healing with Quran.” Anda akan dapat mengetahui informasi tersebut.
Namun begitu, beliau tidak menerangkan cara bagaimana untuk mengaktifkan dan mempercepatkan proses tersebut. Beliau telah menunjukkan bukti kepada umat islam bahawa perkara ini boleh berlaku hanya dengan membaca Alquran sahaja.
Memang benar apa yang telah dianalisakan oleh beliau.Apa yang saya ingin ketengahkan disini adalah cara mengaktifkan Getaran tersebut dan mempercepatkan proses pengalirannya.
Dengan mengetahui Rahasia kunci pengaktifan(QV) itu, banyak perkara yang dapat anda munafaatkan dengannya seperti –membersihkan diri anda dari dosa dan noda, merawat diri sendiri dan seseorang melalui rawatan khusus, melindungi diri anda dan keluarga dari kejahatan makhluk, menghalangi perbuatan sihir yang meleluasa, mengimbangi Aura anda dengan sempurna dan lain-lain lagi.
Jika anda ingin mengetahui selanjutnya sila hubungi “Pak Ben” dialamat email:

0 comments:

About Me

My Photo
Pak Ben
"Manusia itu diibaratkan seperti bateri yang sudah lengkap dengan kabel wayarnya,Positif dan Negatif dan Alquran itu diibaratkan seperti bal lampu. Apabila digabungkan keduanya maka bersinarlah ia."
View my complete profile

Followers